Tuesday, June 16, 2009

khas buat bakal suamiku..

Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ.

Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan.

Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

Monday, March 23, 2009

salam ukhwahfillah


Hmm.....x lama lagi exam.HAnya ALLAH jak tau pa ana rasa skrg...3 mgu mcm 3 hari..tergesa-gesa..x sabar mau kluar dari kml..smkn dkt mau exam,makin byak dugaan...tlampau banyak masalah...mslh budak2 usrah..Xpa..ada hikmah di sebalik kjdn..Dalam hati kita ada ruang..pertama kita mst penuhkan ruang dgn cinta ALLAH...cinta Rasulullah....dan yg terakhir barula cinta sesama makhluk...mcm ibu bapa kita dan ahli kluarga kita...bagi ana cinta kekasih x penting sbnrnya.tp ana tpksa....HANYA TUHAN YANG TAHU.....Napa la bdk2 usrah ana wat mslh...sedih...sakit...tertekan...org yang di didik kecewakan ana....ana akan teruskan pjuangan pspm nanti...ALLAHUAKBAR!!!!!!

Monday, January 26, 2009

LELAKI SOLEH


Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang
beriman (mukmin),bersih dari segi zahir dan batinnya,mengambil makanan
yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa
berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong
kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.Lelaki
soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada ALLAH S.W.T.
dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa
sahaja.
Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat
dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adaklah berkait
rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah
keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa
dipelihara kerana apabila tauhai tidak betul dan sempurna,maka seluruh
amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja.Apabila telah jelas kepada
siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak
kepimpinan,barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan
tegaknya dalam jiwa seseorang.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu
tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.Ianya adalah lebih
jauh dan mendalam dari itu senua.Antara hal-hal yang harus dilihat dan
dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang
bersangkutan dengan keyakinan,tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita
dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRETERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN
DAN AL HADIS..............

1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah S.W.T.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian ALLAH S.W.T dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T
12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa
saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah S.W.T
17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


Selain daripada ciri-ciri diatas,orang orang yang soleh juga merupakan
insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah
S.W.T setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi
segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta
pendirian.Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.


1.MENCARI NAFKAH..........

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihandalam
penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya..Oleh itu
Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi
perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada
keluarga, agama,bangsa dan agamanya.Inilah esbabnya lelaki diangkat
menjadi pemimpin bagi kaum wanita.Oleh itu, seorang lelaki muslim,
lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini.Ia wajib
bekerja menurut apa sahaja kemampuannya.Dalam melaksanakan tugas ini,dia
haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah
S.W.T.Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira
dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat
tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama.dia bekerja didunia untuk
mencari keuntungan di akhirat,bukannya mengejar keduniaan
semata-mata. Dengan cara ini,usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya
didunia dan akhirat.

Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud;
Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat,maka engkau
akan UNTUNG semuanya,tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia,maka
engkau akan RUGI semuanya.

“ Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya
dengan baik,kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga
tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah,maka Allah dan RasulNya
memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan
tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh
yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh.

Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang
dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama:Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap ALLAH S.W.T
dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal,bersih dan tidak
membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula
bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang
diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.


2.Berjihad Fisabililah

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam.Tidak
ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak
sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama
Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah
dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.Inilah yang dimaksudkan
dengan lelaki soleh,yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau
terbunuh.Jika tidak terbunuh,maka ia mesti membunuh.Tidak terdapat
alternatif lain kecuali satu antara dua ‘YUQTAL AU YAGHLIB’ yakni
TERBUNUH atau MENANG.


3.Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari
peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat
Islam.Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak
balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan
sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

“ Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah
ringan,bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah
yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini.Orang orang
yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu.Mereka
berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi
mereka.”

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang
tertindas dan mengharapkan bantuan.Oleh itu lelaki yang soleh haruslah
memainkan peranannya sebagai pembela agama samaada secara langsung
ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4.Memimpin,mendidik dan berlaku baik terhadap isteri......

MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI......

1.Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri
yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya
menjadi isteri solehah.

2.Menangani isteri yang boduh dan keras kepala dengan bijaksana
sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia
mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi
masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga.
Apabila menghadapi sebarang kesulitan,lelaki soleh tidak akan cepat
melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa
mengambil kira perasaan orang lain.Lelaki soleh akan bertindak dengan
cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk
dari Allah S.W.T.Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat di kekalkan
buat selama lamanya.

B.Berlaku baik terhadap isteri

Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama
isterinya.Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan
sentiasa menggembirakan isterinya.Mereka juga akan bertanggungjawab
dalam menguruskan urusan rumahtangga,dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah:
Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang
yang terbaik terhadap isterinya,dan aku adalah orang yang terbaik
diantara kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu Majah)

Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga.......

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
c: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wassalam.

TIGA GOLONGAN DALAM NERAKA



(Dari sabda Rasulullah S.A.W)

Dari Ali bin Abi Talib: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahannam selama umur dunia tujuh kali, mereka ialah :
a- Orang yang gemuk tetapi kurus.
b- Orang yang berpakaian tetapi telanjang.
c- Orang yang alim tetapi jahil.

Orang yang gemuk tetapi kurus ialah mereka yang gemuk tubuhnya tetapi kurus ibadatnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (seperti berpakaian nipis hingga terbayang tubuhnya atau terlalu ketat). Orang yang alim tetapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.

LARANGAN MELIHAT WANITA



(Dari sabda Rasulullah S.A.W)

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."

wanita solehah


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.

Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.

“Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.

Dalam memilih pasangan hidup, Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati.

Kriteria kesolehan isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana sifat itu, selain dituntut Islam, juga bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.

“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, aspek keagamaan dalam diri seseorang calon isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga. Ini kerana dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya, dia pasti akan taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Ketika ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: “... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah...” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa. Ini kerana keredaan suami menjadi anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya, selain penyejuk hati ibu bapa, biarpun ibu bapanya sudah meninggal dunia, melalui sedekah doa dan amalan kepada kedua-dua orang tuanya.

Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Pengetahuan agama dan nilai solehah inilah menjadi ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Sesungguhnya, fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga, begitu besar.

Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya.

“Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).


.Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu...

Sunday, January 25, 2009

wanita solehah




Wanita yang didunianya solehah akan menjadi cahaya bagi keluarganya, melahirkan keturunan yang baik dan jika wafat di akhirat akan menjadi bidadari.

Hikam:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara faraz-nya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara faraz-nya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.

Rasulullah saw bersabda:

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah."
(HR. Muslim)

Wanita solehah merupakan penentram batin, menjadi penguat semangat berjuang suami, semangat ibadah suami. Suami yakin tidak akan dikhianati, kalau ditatap benar-benar menyejukkan qalbu, kalau berbicara tutur katanya menentramkan batin, tidak ada keraguan terhadap sikapnya.

Pada prinsipnya wanita solehah adalah wanita yang taat pada Allah, taat pada Rasul. Kecantikannya tidak menjadikan fitnah pada orang lain. Kalau wanita muda dari awal menjaga dirinya, selain dirinya akan terjaga, juga kehormatan dan kemuliaan akan terjaga
pula, dan dirinya akan lebih dicintai Allah karena orang yang muda yang taat lebih dicintai Allah daripada orang tua yang taat. Dan, Insyaallah nanti oleh Allah akan diberi pendamping yang baik.

Agar wanita solehah selalu konsisten yaitu dengan istiqomah menimba ilmu dari alam dan lingkungan di sekitarnya dan mengamalkan ilmu yang ada. Wanita yang solehah juga dapat berbakti terhadap suami dan bangsanya dan wanita yang solehah selalu belajar. Tiada hari tanpa belajar.